Tuesday, May 4, 2010
Bertatih kembali.
Salam semua, terima kasih kerana singgah kat blog aku yg ntah hapa2 ni...harap pasni slalu2 la singgah ek..
Agak begitu lama aku x meneruskan hobi,minat aku dlm komik. Sampaikan sahabat baik aku; Bophairy pun dah penat beri semangat dan dorongan supaya aku teruskan minat aku yang pernah aku jadikan satu kerjaya suatu ketika dulu. Rasa2nya dekat 5 tahun jugak la aku x melukis secara serius...Tapi ntah macam mana pada suatu pagi yg x berapa indah, tiba2 aku terasa macam nak berkarya secara serius.
Kebetulan pula, selang beberapa hari selepas itu, Bop mennunjukkan aku sebuah komik baru tetapi menggunakan permit majalah lama yang dihasilkan oleh seorang kenalan sewaktu aku dan bop menjadi editor komik TNT.
Serius cakap, komik tersebut betul2 teruk dan sedikit pun tidak menarik minat aku untuk membaca apatah lagi membeli.Atas rasa tanggungjawab dan kasihan, aku berasa sgt2 terpanggil untuk membantu menaikkan taraf majalah tersebut...maka dengan bersusah payahnya, terhasil la beberapa muka surat komik loose seperti diatas sebagai permulaan sumbangan aku...Maaf sekiranya kualiti karya aku agak menurun sedikit...maklumlah lama x melukis... -ends
Subscribe to:
Posts (Atom)