Mistikus Dimensi
Sunday, February 20, 2011
Aku dan Kartun
Seperti aku bebel dlm entry aku sebelum ni,aku sememangnya sudah lama x berkarya dan sibuk dengan kerja2 design aku serta minat aku dlm fotografi...Karya ini aku hasikan tahun lepas untuk majalah Ujang (alhamdulillah aku sudah diterima berkarya dlm ujang) tp hingga kini tidak tersiar lagi maybe reject kot...
Jiwa aku terlalu kepingin untuk berkarya secara konisten kembali TAPI entah kenapa keinginan itu terus betandang sebagai keinginan sahaja...belum sempat untuk aku penuhi tambahan pula aku kini sedang sibuk setup studio fotografiku.
Bukan aku malas atau x serius..Aku sgt serius untuk kembali berkarya tetapi entah kenapa bila terbitnya karya ku didalam Ujang aku berasa sangat2 tidak berpua hati dengan kualiti lawak didalam karyaku.Aku tidak ingin dikatakan melukis sekadar sambil lewa...aku sgt serius dan tidak sanggup untuk berkarya hanya wang semata meskipun kini aku mmg kesempitan wang.
Tuesday, May 4, 2010
Bertatih kembali.
Salam semua, terima kasih kerana singgah kat blog aku yg ntah hapa2 ni...harap pasni slalu2 la singgah ek..
Agak begitu lama aku x meneruskan hobi,minat aku dlm komik. Sampaikan sahabat baik aku; Bophairy pun dah penat beri semangat dan dorongan supaya aku teruskan minat aku yang pernah aku jadikan satu kerjaya suatu ketika dulu. Rasa2nya dekat 5 tahun jugak la aku x melukis secara serius...Tapi ntah macam mana pada suatu pagi yg x berapa indah, tiba2 aku terasa macam nak berkarya secara serius.
Kebetulan pula, selang beberapa hari selepas itu, Bop mennunjukkan aku sebuah komik baru tetapi menggunakan permit majalah lama yang dihasilkan oleh seorang kenalan sewaktu aku dan bop menjadi editor komik TNT.
Serius cakap, komik tersebut betul2 teruk dan sedikit pun tidak menarik minat aku untuk membaca apatah lagi membeli.Atas rasa tanggungjawab dan kasihan, aku berasa sgt2 terpanggil untuk membantu menaikkan taraf majalah tersebut...maka dengan bersusah payahnya, terhasil la beberapa muka surat komik loose seperti diatas sebagai permulaan sumbangan aku...Maaf sekiranya kualiti karya aku agak menurun sedikit...maklumlah lama x melukis... -ends
Subscribe to:
Posts (Atom)